'Amir
bin Said dari bapaknya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah
datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani
Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.
Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian
Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1.
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan
umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan
oleh Allah S.W.T.
2.
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda
umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3.
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak
dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara
sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).