Cinta
kerana Allah adalah pembuka hati, namun terkadang muncul beberapa perilaku yang
menghambat cinta tersebut. Mengekspresikan perasaan cinta tanpa pertimbangan,
tanpa penahapan, tanpa kesesuaian dan keserasian, atau tanpa memerhatikan momen
dan kesempatan, dapat menyebabkan kontraproduktif. Cinta kerana Allah dan
persaudaraan kerana-Nya, bukan sarana untuk menikmati pelampiasan perasaan, atau
untuk membuang-buang waktu dengan harapan hampa, atau
kegiatan lain yang mengasyikkan namun tanpa manfaat. Juga bukan sekadar untuk mencairkan beban sesama muslim dalam meringankan
amanah dan tanggung jawab, memberi sedekah,
membuat forum diskusi, surat menyurat, duduk-duduk berbincang tentang berbagai
hal yang menghabiskan waktu dan menyia-nyiakan berbagai kewajiban dan tanggung
jawab konkrit padahal bagi mereka waktu adalah kehidupan
itu sendiri dengan harapan bahawa semua itu merupakan
jalan mudah menuju ridho Gusti Allah.
Bukan
semua ltu. Namun persaudaraan kerana Allah adalah curahan perasaan, berjuang
untuk membantu saudaranya demi peningkatan potensi diri secara bersama-sama, dengan tarbiyah dan takwiniyah,
"penyemaian biji", "pencabutan rumput", dorongan semangat dan hasrat, penyebaran
dakwah melalui persaudaraan yang tulus, ibadah yang khusyuk, serta terus-menerus dalam menyampaikan dakwah dengan cara yang
baik.
Tidak
ada darajat cinta kerana Allah yang lebih agung daripada cinta akan sesama didunia ini demi terciptanya masyarakat madani sebagai mana dicontohkan oleh Kanjeng Nabi Muhammad ketika membangun kota Madinah.